Saturday, November 15, 2014

Bila SPM nak habis ni ..


Steal-steal on guna lappy kawan dekat library . Esok ada paper Bahasa Arab kertas 2, haha tak sabarnya nak jawab subjek yang selalu skor A esok. Tapi ..

Selepas exam BA esok, hari kemudian ada exam AddMath, kemudian menyusulnya En. Fiz, Puan Kim, dan akhir sekali Puan Bio (last paper). Arghh takutnya nak hadapi subjek-subjek sains dan addmath ni, persiapan pulak not fully ready yet. Doakan aku ye kawan-kawan. *Maaf kalau penggunaan 'aku' agak kasar, now im practicing using 'aku' word in my coretan, haha taknak lah gune 'Adam' atau 'saya', so skema .. aku tahu sesetengah pembaca mesti rase geli kalau guna nama atau saya, kan ? *

Sekarang tengah online sambil-sambil cari contoh karangan yang probably masuk esok, kawan-kawan aku kata ada sumber yang boleh dipercayai spot untuk karangan BA esok, kepentingan berjiran, haji dan pelaksanaannya, pelancongan, bla3.. Bak kata orang kita lah kan, sambil menyelam sambil minum air , lol.

Tapi nak nasihat, jangan fokus kepada spot 100% sangat, baca juga yang lain .. Aku susah sikit nak percaya dengan spot-spot ni, haha aku juga buat spot sendiri karangan esok masuk kepentingan pemuda/keluarga/*masyarakat . 

Oklah, last but not least, esok hari isnin sekolah aku akan hantar wakil negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014. Kata pihak SKMM, majlis penyampaian hadiah diadakan dekat Auditorium Perdana Angkasapuri kat KL. Antara wakil tersebut ialah aku, Ayen, Amin, dan Afif. 

Dahtu? SPM? hahaha dont worry, aku dan Ayen dah ada wakil dah. Huhuhu sedihnya tak dapat pergi kan, yelah mana tak best, pergi sana naik flight kot pastu stay dekat hotel lima bintang yang SKMM sponsor. Takpelah, SPM lagi penting .. Wah dah matang dah aku sekarang kan? hahaha =..= lagipun kalau ditakdirkan ada rezeki dapat tempat dalam kebangsaan, Iphone 6 tu dapat dekat aku jugak hahaha . Doa-doakanlah kitorang ada rezeki walaupun rasa agak mustahil. Mana tahu kalau rezeki Allah nak bagi? haha kalau tak dapat pun dah bersyukur dah pun, dapat johan negeri pun kami dah bangga dan bersyukur sangat-sangat dah.

Oklah, nak sambung stadi BA and Fizik. Babai Assalamualaikum :)

KLIK!

1 comment:

Mr. Eizat said...

Bittaufiq wannajah! :D

 
Hak Cipta Terpelihara | 100% Design by Adam Izzuddin Khalid ©| Best View: Google Chrome