Friday, August 26, 2011

Analisis Novel Lestari Bukit Menghijau Tingkatan 2



Sinopsis Kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai menimbulkan kecurigaan penduduk kampung. Dia dianggap gila kerana membeli bukit yang penuh dengan hutan belantara. Bukit tersebut dianggap tidak berfaedah oleh penduduk kampung. Pak Tua terlalu mencintai alam sekitar sehingga menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan penduduk kampung. Dia akan menegur sesiapa sahaja yang cuba menebang pokok. Hubungan Pak Tua dengan penduduk kampung tidak mesra, dia tersisih kerana sikapnya yang pendiam, suka memencilkan diri dan tidak mesra. Zahiran sebagai pelajar Tingkatan 3 di kampung tersebut berjaya mendekati lelaki misteri ini dalam usaha menjayakan projek sekolah lestari. Projek sekolah lestari telah diilhamkan oleh Cikgu Idham, pengetua baharu di SMK Alor Rambai yang proaktif dalam menceriakan kawasan sekolah. Zahiran dan rakan-rakannya telah ditugaskan untuk mencari beberapa jenis burung dan ikan untuk menghiasi taman sekolah mereka. Projek sekolah lestari ini adalah sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Pelajaran yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.  Hasil usaha Zahiran dan rakan-rakannya, Pak Tua mula diterima oleh penduduk kampung. Hamzah yang diserang demam kuning menjadi titik permulaan kepada usaha gotong-royong bagi membersihkan kawasan rumah Hamzah yang kotor dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Seluruh kampung turut dibersihkan. Hasil cetusan idea Pak Tua, Tabung Pak Hamid dilancarkan bagi membantu keluarga malang itu. Penyakit untut Pak Hamid berjaya dirawat setelah menjalani pembedahan di Hospital Appolo, Chennai, India.           Tragedi pokok Bintangor yang terbakar membolehkan Zahiran mencungkil sejarah hidup Pak Tua, iaitu seorang saintis yang pernah tinggal di Chicago, Amerika Syarikat. Isteri Pak Tua, Kamariah dan dua orang anaknya Zahirah dan Zuwairah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kedua-dua orang anaknya meninggal dunia, manakala isterinya menderita penyakit HIV akibat pemindahan darah. Kamariah meninggal dunia sewaktu Pak Tua dan rakan-rakannya telah berjaya dalam usaha mengumpul sampel untuk penawar HIV.  Pokok bintangor spesies calophyllum leanigerum merupakan estrak penting dalam menghasilkan penawar HIV.  Pokok ini banyak terdapat di belantara negeri Sarawak dan Pak Tua telah berusaha menanam pokok bintangor di sekitar Bukit Bintangor.   Akhirnya, Pak Tua telah menghembuskan nafas terakhir setelah dia mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.  

Tema

Kepentingan menjaga alam sekitar.  Pak Tua sangat mencintai alam sekitar sehingga dia sanggup membeli bukit yang dipenuhi hutan belantara.  Dia melarang sesiapa sahaja yang cuba menebang pokok.  Dia juga menangis apabila pokok bintangor kesayangannya terbakar.

Persoalan
1.    Persoalan cinta akan alam sekitar. 
Pak Tua amat mencintai alam sekitar hingga sanggup membeli sebuah bukit seluas empat hektar  yang dipenuhi belantara.  Kawasan bukit ini ditanami dengan pokok bintangor.
2.    Persoalan menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Penduduk Kampung Alor Rambai telah membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi mengelakkan penyakit-penyakit bawaan nyamuk.
3.    Persoalan peranan pelajar menjayakan sesuatu projek sekolah. 
Zahiran dan rakan-rakannya berusaha mencari burung dan ikan untuk menjayakan projek sekolah lestari.
4.    Persoalan mempercayai kepercayaan karut. 
Pak Hamid mempercayai  khidmat dukun Lebai Deraman yang mengubati anaknya, Hamzah.  Hamzah dikatakan demam biasa akibat ditegur hantu tanah.
5.   Persoalan para saintis membuat kajian menghasilkan perubatan moden. 
Pak  Tua dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan penawar HIV daripada ekstrak pokok bintangor spesiescalophyllum lanigerum.
6.   Persoalan sumber alam yang boleh memberikan manfaat kepada manusia.
      Sumber alam seperti pokok bunga cempaka putih boleh mengubati bisul. kudis dan
      radang tengkuk; daun pokok kacang kelor berkhasiat membantu membersihkan darah,  
      mengurangkan kandungan gula dan mengawal tekanan darah di dalam badan.

 Plot
Novel ini dibina mengikut kronologi dari awal hingga akhir.
PermulaanDimulakan dengan kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai telah menimbulkan pelbagai prasangka penduduk kampung terhadapnya. Keputusan Pak Tua membeli bukit seluas empat hektar (bukit bintangor) menyebabkan penduduk kampung menganggapnya sebagai tidak waras. Zahiran cuba mendekati Pak Tua yang tinggal di kaki Bukit Bintangor.
PerkembanganCikgu Idham mencetuskan idea untuk mengadakan projek sekolah lestari dan berhasrat menyertai pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Pelajaran.  Zahiran dan rakan-rakannya ditugaskan menangkap burung dan ikan, serta mencari pelbagai jenis pokok bunga.   Secara tidak langsung, hal ini membolehkan Zahiran dan rakan-rakannya mengenali Pak Tua dengan lebih dekat.  Mereka mendapati Pak Tua bukanlah seperti yang dianggap oleh orang kampung.
PuncakHamzah telah diserang penyakit demam kuning yang boleh membawa maut.  Penyakit demam kuning berpunca daripada gigitan nyamuk  aedes aegypti.  Pak Tua menyarankan Hamzah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Rentetan daripada peristiwa itu, gotong-royong membersihkan kawasan rumah Hamzah dan sekitar kampung dijalankan.

KLIK!

1 comment:

Anonymous said...

hhaa....siap satu post psal nota...

 
Hak Cipta Terpelihara | 100% Design by Adam Izzuddin Khalid ©| Best View: Google Chrome