Friday, December 20, 2013

Sudah 2 Tahun Tidak Menjelma .

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia,

Lama nya jari jemari tak berbicara , mencoret di sebuah diari yang dah usang lagi bersawang dah ni . Haishh nak kena renovate balik ni blog ni . Dulu time form 2, rajin bebeno nak update blog , makeup2 blog, design2 blog. Almaklum mase tuh belum matured **adoi.. berkait ka ??**


Haa , apa kono jang dengan tajuk kat atas ? Dah 2 tahun dah tak nampak batang hidung blog ni . Sorry lah korang, Adam tengah busy nak wat plastic surgery .. ubah sane sini ... Heshh mengarut ape nih mengubah ciptaan Allah pulak ! gurau2 je .. hehe..


Last blog ni updated masa Adam time form 2 dulu, tahun 2011 . Maybe sebab time form 3 tahun kemudian tu Adam busy nak prepare untuk PMR kut , plus banyak sangat urusan Adam masa tu . Ada masuk pertandingan lah, apelah , rasa rindu pulak dekat blog ..Kadang2 Adam tergelak sorang-sorang sebab baca post Adam yang lepas2 yang agak 'noobling' , adoii la macam budak2 HAHA. humm .. Lepastu ada jugak sebab lain Adam tak nak update blog ni, sebab Adam rasa putus asa , Adam rasa blog Adam ni 'rosak' , coding pun tak jadi nak letak header footer bagai .. Mungkin sebab selalu obses mencantikkan blog sampai rosak dah blog .. template yang sekarang ni template simple je macam korang tengok design sekarang ni yang basic dari kak Lyssa Faizureen . Adam amek template freebie die untuk sementara . Simple and kemas je kan ? hehe .. *ATTENTION, TEMPLATE SEKARANG YANG KORANG TENGOK NI DAH BUKAN TEMPLATE KAK LYSSA DAH HARAP MAKLUM .*


Haa sekarang dah form 4 ... LOL sekarang ke ? 10 hari lagi nak masuk form 5 .. wallaweih SPM pulak lepas nih !!

Adam banyak honeymoon time form 4 nih .. hurmm tapi result pekse akhir tahun ni boley tahan lah .. Mintak2 kekal kelas tahun depan heee =) . Masa akhir tahun ni , Adam ada tolong kawan adam, Azhan yang dulu blogger dekat Azhunk World . Sekarang blog tuh dah tukar nama kepada Rehlatul Syabab . Haa Adam adalah antara salah satu editor kat blog ni tau .. Adam and Azhan kerjasama nak menjayakan blog ni . Azhan banyak sangat menyumbang kat blog RS ni . Blog ni dah jadi blog dakwah . Best je info2 dalam blog tuh , mai la lawat selalu ! *ecece promote ler tu* .

Dalam proses nak menjayakan blog RS bersama Azhan, Adam tiba2 teringat dekat blog Adam sendiri , Adam Takeru ni.. Lepastu, Adam tengok blog orang lain , wahh macam diari pulak Adam tengok bloggers2 nih buat .. Rajin pulak tuh nak update blog. Lepastu, Adam sekarang ni dah bertambah mahir buat doodle yang sekarang ni dah sinonim dengan para blogger. Adam nak terima kasih dekat bestfren Adam, Azhan sebab dia ajar adam buat doodle guna Photoshop for the fiirst time . Selalunya Adam buat doodle gune Microsoft Office Excel tapi lama2 jadi bosan. Nak tengok tutorial guna photoshop dekat internet , tak faham langsung. Nasib baik dapat belajar dengan Azhan masa akhir tahun ni. Alhamdulillah. So, kepada sapa2 nak tempah doodle dengan adam , boleh lah, harga boleh dirunding selepas ni hee... In Shaa Allah kalau Adam ada masa Adam akan buat freebies doodle2 untuk korang .. Haa ni antara 'karya agung' yang Adam buat first time guna Photoshop, macam comel je, macam sakai je kan ? Hehe =..=





Haa, sebab terbesar kenapa Adam nak aktif berblogging balik, nak buat DUIT ! nak bukak tempahan doodle, nak aktif balik nuffnang and churp-churp hehe... nak design itu nak design ini . Ni semua Adam nak buat simpanan dan bekalan untuk lepas SPM nanti, In Shaa Allah .


Kepada para pembaca yang takda blog, Adam rasa korang patut ada satu untuk dijadikan diari,tutorial,perkongsian ilmu yang bermanfaat dan sebangainya, kadang2 kat blog ni kita dah boleh bukak bisnes sendiri , Paling common jual doodle, header bagai .. dapat jugak duit halal. Ni antara idola Adam yang berjaya buat bisnes sendiri, proud of her, Kak Tirah, the owner of the Merah Itu Jambu 's blog. Banyak lagi sebenarnya blogger idola Adam tapi tu one of the best la katakan .


Okaylah, wah dah panjang sangat dah ni 'esei' mentang lah dah 2 tahun tak update macam lah lepas buat post ni blog ni terdelete secara automatik plak hoho buat lawokkk .. Bye, sweet dream  dears, Assalamualaikum.


Klik ni , korang dapat pahala free , serius ni !
KLIK!

No comments:

 
Hak Cipta Terpelihara | 100% Design by Adam Izzuddin Khalid ©| Best View: Google Chrome