Tuesday, September 2, 2014

Sedar tak sedar ...


Musim Trial SPM sudah tiba dong adik kakok... dah 4 hari dah aku menempuh trial ni, perang kecil sebelum exam sebenar nanti bulan November. Haishh, seriously, lame gile tak update blog usang ni. Arghh dah menyampah pulak gune ayat ni, cliche sangat kan, haha. Harini paper Syariah Islamiah, humm tak pasti lah nak cakap boleh jawab ke tak, so far, alhamdulillah, tak ada yang stuck. Esok paper Matematik Moden, doakan Adam ye.

My target for this trial is 7A's and above. So... pray for me yah kawan2 blogger sekalian. And doakan jugak kumpulan kami dinobatkan johan Liga Remaja Kreatif  2014 peringkat negeri dan mendapat tempat di peringkat kebangsaan, Amin.. Nak tengok tak hasil pembikinan video kitorang? Sempena Liga Remaja Kreatif tahun ini, temanya ialah "Jalur Lebar untuk Pendidikan" dan video kami berkonsepkan dokumentari. 

Ok, cakap pasal dokumentari ni, mesti ramai cakap nak tiru video yang menang tahun-tahun lepas, sebab kebanyakannya berbentuk dokumentari. So kami cuba untuk tidak meniru konsep dokumentari pemenang tahun-tahun lepas, kami cuba untuk buat style kami sendiri, humm korang tengoklah, eden sendiri tak reti nak judge video eden sendiri... haha
Representing SMKA Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu.

Dah tengok? macam mana? sila komen :3 kuikuikui .. maaflah post kali  ini nampak poyo sedikit. Assalamualaikum.


KLIK!

No comments:

 
Hak Cipta Terpelihara | 100% Design by Adam Izzuddin Khalid ©| Best View: Google Chrome