Sunday, April 5, 2015

Kerja Sebelum Masuk U

Assalamualaikum semua, wah lamanya tak update blog, siyes lame tak update hahah. Okay lah baca je, dah lama tak pergi sekolah sebab lepas SPM and dah tak ingat dah nak buat ayat gramatis untuk buat esei, Yep, aku lepasan SPM 2014, dan sedang menunggu result UPU.

Result SPM haritu, bolehla, cukup-cukup makan alhamdulillah. Sekarang ni dah dapat tawaran UniKL untuk program asasi Sains dan teknologi setahun di Kolej Mara Kulim, Kedah nu. Nak gi ke tak ni? Nak tunggu result UPU ke tak? sebab daftar untuk masuk UniKl 18 Mei, then result UPU mungkin keluar selepas tu. Sunat istikhoroh lah jawapannya kan huhu . Kepada siapa-siapa yang boleh bantu aku pasal kemasukan U ni sila komen ye kat bawah, terima kasih :)

Ok dah, tu je kut untuk intro. So harini aku nak cerita yang aku bukan lah kerja kut, tapi aku nak tolong sahabat aku, Azhan sebab dia nak kumpul duit for something . Daripada aku terperap dekat rumah tak buat apa-apa , baiklah aku pergi tolong dia, dapat jugak pahala ye dok haha . Nak tau dia berniaga apa ? hehe tengok lah gambar kat bawah.

Tadaa ! Featuring Nik aka Ayen, sahabat yang turut membantu .

Scissor Chicken ! *ngeh* ataupun nama malay nya Ayam Gunting. Azhan baru start berniaga ayam gunting ni semalam, 4 April 2015 dan aku tak dapat hadir nak tolong dia semalam sebab nak settlekan few things. So, harini and hari seterusnya maybe datang selalu kot untuk tolong dia. Okeylah malas nak cakap panjang, enjoy gambar-gambar yang aku nak saji kat bawah ye.




Azhunk , the boss for sure .
Berniaga depan rumah je, ni mak Azhan .
Nik Syahrul Nazreen aka Ayen .
Azhunk Awang

Jadi semua, marilah datang beramai-ramai beli ayam gunting yang sedap sangat-sangat , lokasinya adalah di belakang perpustakaan awan Kg. Raja, Besut, Terengganu, haa tulah tempat dia, senang je nak cari, betul-betul belakang perpustakaan tu ha. 

OK, thats all, gerai tutup dalam lepas asar gitu. Ok tu je, esok nak pergi pulak tolong dia, insyaAllah hehe. Lepastu, aku dengan Ayen pegi solat Asar dekat masjid kg. raja, just a stone threw away from workplace.


Pandangan Masjid Kg. Raja dari rumah Azhan .
Rilek jap lepas solat hehe .
Bangunan Persekutuan Besut from Masjid Kg, Raja , Besut .

Itu sahaja untuk entri kali ini, Assalamualaikum w.b.t .



KLIK!

1 comment:

WNN said...

pernah lalu lat situ....nnti bleh singgah beli

 
Hak Cipta Terpelihara | 100% Design by Adam Izzuddin Khalid ©| Best View: Google Chrome