Thursday, October 23, 2014

Johan Liga Remaja Kreatif 2014 Terengganu

Assalamualaikum, Alhamdulillah, memang tak sangka betul dapat dinobatkan sebagai johan negeri ganu kitee. Segala usaha, penat lelah kami sekumpulan,menghasilkan video LRK terbayar jugak akhirnya, Alhamdulillah.

 Majlis penyampaian hadiah bagi Zon Timur (Pahang, Kelantan, Terengganu) diadakan pada 13 Oktober 2014. Sebelum ni dah buat dah dekat Zon-zon yang lain. Zon Utara buat last skali pada 16 Oktober.

 Aku ingat lagi, masa malam sebelum kami tahu kami disenaraikan dalam top 10 video terbaik negeri Terengganu, kitorang selalu berborak pasal LRK ni, selalu aje tak sedap duduk asyik memikirkan pasal benda ni. Masa time prep malam kat asrama, tiba-tiba ada sorang mamat datang kat kitorang, "woah tahniah, video korang menang top 10 terengganu lah!". Kitorang semua senyap lepas dengar mamat tu cakap macam tu, lidah kitorang jadi kelu, speechless lah katakan.

Haha, aku selagi aku tak dapat bukti aku tanak percaya, aku cakap kat dia aku tak percaya yang kitorang dapat top 10, aku nak tengok bukti depan mata. Aku memang tegas masa tu, dia pun bawak kitorang dekat kawasan mamat tu stadi dengan geng dia, ada sorang tu bawak smartfon *haha kantoi bwak hp kat asrama* dia tunjuk senarai top 10 terengganu yang dia ambil daripada blog Cikgu Hailmi. Tengok lah kat bawah, hehe.

klik untuk tumbesaran

Ok, sekarang aku eksaited gila-gila, tapi hebat kan, dua team sekolah kitorang yang join LRK, dua-dua dapat jadi top 10 terengganu, tahniah-tahniah, hehe.Dahla first time take part.

Tapi ada satu benda je yang buat aku tak puas, tu hah, grup kitorang dekat bawah sekali. Masa tu aku fikir kitorang dapat saguhati je.. takpelah, redha jelah, asalkan dapat jugak hadiah kan daripada tak dapat langsung kan. Tapi itu just senarai je kan? bukan tersusun ikut tempat dah pun. Aku tengok dia susun ikut no rujukan masa kitorang daftar tu je.

Tapi aku geram lah, bila terserempak dengan orang ramai, dorang kata "tahniah dapat nombor 10 buat video" erghh sabar-sabar, Aku memang tak boleh nak kata apa-apa. Cikgu yang bimbing kumpulan tahun lepas yang dapat johan pun kata kemungkinan kitorang dapat saguhati sebab duduk last skali dalam senarai tu. Sebab yang johan tahun lepas pun dari sekolah kitorang, name diorang semua duduk dekat top sekali, nombor 1 dan diorang johan Terengganu. Lepas cikgu cakap macam tu, aku memang down gila, tak sampai hati nak cakap kat geng aku..

Dahla surat sampai dekat kumpulan yang satu lagi dulu (kumpulan Aiman), surat untuk hadir ke majlis penyampaian hadiah LRK. kitorang tak dapat-dapat pun. Lepas teacher Sabrina call SKMM, baru kitorang dapat kemudian hari. hurmm..

Kitorang bertolak ke Kuantan pada hari Ahad 12 Oktober dari sekolah dan bermalam di Kuantan dekat homestay. 

Jeng jeng jeng, harinya sudah tiba..

sempat lagi berselfie sebelum sampai Zenith Hotel
Nik, salah sorang geng kami tak dapat hadir sebab dia ada Kem Akademik dekat Midtown hotel Terengganu. Kesian kat dia, tapi takpelah, dapat ilmu bukannya rugi pun kan, so digantikan dengan senior kami Izzat aka Pok Jat , lower six. Dia pernah sertai LRK tahun lepas.

Setibanya di hotel, kitorang disediakan breakfast untuk alas perut semasa majlis penyampaian hadiah nanti

Aisyah and Biha
Daftar bagai dulu, lepas daftar kitorang jalan-jalan round hotel tu, boleh tahan jugak lah hotel ni. Haha bila kitorang kembali kat floor tadi, semua orang dah masuk hall. Masuk hall tunduk kepala, tahu pun malu.

amboi, nak tutup nervous lah tu

Ok, masa dalam dewan ni, lepas berucap, dia umum kumpulan yang mendapat saguhati bagi setiap negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu. Hanya Tuhan je tahu betapa nervousnya aku masa ni, dalam hati aku, aku kata "Ya Allah, boleh ke?" semuanya terlintas dalam benak fikiran aku masa tu, senarai yang kitorang tengok haritu, kumpulan kitorang bawah sekali. Arghh, lepastu komen segelintir manusia tentang video kitorang.

 Mase nak umum saguhati terakhir, aku memang langsung tak tahu nak duduk macam mana, aku tak rasa aku duduk dekat kerusi pun, lepas je umum saguhati terakhir, nah! dua-dua kumpulan dari SMKA Nurul Ittifaq takde pun! semuanya dapat jadi top 3. Alhamdulillah, kitorang semua saling berpandangan antara satu sama lain, lega.. rasa macam baru melepaskan hajat, LOL.

Bila dah lega, apa lagi, air mata aku terus mengalir, seriously pendebaran yang amat melukakan, betullah kan, penantian suatu penyiksaan. Masa tu lampu dewan ditutup, untuk menyaksikan video 3 terbaik bagi setiap negeri, 

First, dia tunjuk untuk negeri Kelantan, aku langsung tak hirau dengan video yang ditunjukkan, aku menangis teresak-esak, Lega dan masih berdebar, aku ingat semua penat lelah kitorang hasilkan video ni. Aku tak malu lah nak nangis masa tu sebab dewan gelap, so takda siapa lah kan nak tengok aku nangis hahah! kebetulan pulak masa tu video yang kelantan punya sedih haha.

Afif kata, teruskan berdoa, yakin, jangan banyak komen video orang, yakin, cakap dalam diri, aku juara! agak memberangsangkan lah jugak kata-kata dia tu kan huhu.. 

then tiba lah video kitorang ditayangkan. Wah video kitorang ditayangkan lah! lol.


sedutan daripada video kitorang
arghh... malas nak cite panjang-panjang, dah ngantuk tahap cibai dah ni. Dah pukul 2.50 a.m. 
so, at the end of the story, kitorang menang dapat tempat pertama, kumpulan Aiman kedua, dan ketiga SMKA Sheikh Abdul Malek. Tahniah diucapakan kepada para pemenang. 

Lepas majlis ada makan-makan kat bawah, yang bestnya, kumpulan kitorang yang johan ni makan dekat ruang VIP. Memang dilayan macam raja pun adalah haha.



erk, Alhamdulillah :)

Team Aiman
Johan dan Naib Johan
Dah nak balik dah, tata..
Otw balik Besut, sempat lagi berselfie 

Oklah sampai sini jelah, SPM? 11 days left tak silap. Humm, macam takda kesedaran lagi kan aku ni? adeshh dahla nak kena pergi kebangsaan pulak, dengar kata 29 oktober ni, SPM 3 November. Huhuhu..


P/S: All pictures credit to Izzat aka Pok Jat except yang gambar bawah sekali lol. OK bai Assalamualaikum  :)

KLIK!

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
 
Hak Cipta Terpelihara | 100% Design by Adam Izzuddin Khalid ©| Best View: Google Chrome